18 December 2014

My Baby Pet - Hyuna

Assalamualaikum w.b.t

Semalam my baby pet, Hyuna dapat rumah baru. Rumah lama dia still okey lagi tapi sebab dia dah membesar dari saiz asal, so kenalah mummy Sarah belikan rumah baru. Mula-mula masa dapat rumah baru excitednya tak boleh nak cakap. Berenang atas bawah. Then duduk lepak dekat atas pokok ehehee.




Memang comel sangat. Rasa geram-geram nak gigit-gigit je tau. Tapi kecian juga dekat si Hyuna ni. Dah lama si Gary mati tinggalkan dia sensorang. Rasa macam nak carikan pengganti baru untuk si Hyuna tapi takut tak serasi pula nanti. Si Hyuna ni pon boleh tahan garang juga. Masa dengan si Gary dulu pon asyik bergaduh je kejenya. Insyallah cukup masa nanti nak tambah lagi sekor kura-kura comel ni.


Memandangkan rumah lama si Hyuna dah kosong, so dari terbiar gitu je baik letak something kan kat dalam tu. So macam terpikir nak bela ikan laga la pula. Mungkin hujung minggu ni boleh pergi survey-survey ikan laga yang terbaik and tercantik. So stay tune okay ^_^

Cont: #Misi Mencari SBU@JB

Assalamualaikum w.b.t

Semalam petang Sarah receive parcel dari Sincerelybyushawls. Akhirnya barang yang ditunggu-tunggu telah tiba. My free square shawl dah berada dalam tangan Sarah. Hoyehhh thank you so much SBU for the free item. Lain kali buat contest lagi okey.







Bila dah dapat square shawl ni, dah tak sabar rasanya nak tunggu opening sbu di jb nanti. Memang confirm Sarah adalah pelanggan tetap dekat sbu. Kopak la duit ye kalau dah gini. Untuk pengetahuan korang, sbu di jb berada di Taman Nong Chik iaitu satu deret dengan one of the famous restaurant in jb iaitu Big Food. So uolls tunggu my next update on sbu okey. Lagi-lagi tang opening ye ^_^




17 December 2014

Wedding Preparation Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah persiapan kahwin kami dah siap 50%. Insyallah semuanya akan siap tak lama lagi. Barang hantaran kami dah beli sikit-sikit. Takot nanti if beli terus sekali banyak macam banyak sangat lak duit mengalir keluar macam air. Lagi-lagi hujung tahun gini memang banyak sales. So inilah masa untuk grab mana-mana yang berkenan dekat hati hehehee.

Benda yang dah setel buat masa ni ialah:

Bridal & Catering – Agaknya memang dah lama tergerak hati nak kahwin kot, so dah lama survey-survey bridal and catering yang tawarkan harga berpatutan and yang paling penting servis tip top dan siap dengan pakej lengkap. Dah tentu-tentu la hati aku berkenan. Yela nak senangkan kerja and malas pikir nak cari tempat lain. Semua dalam satu tempat je. Tak yah nak susah-susah sangat.

 Teaser: Wedding Dress



Dewan – Lepas menilai mana tempat yang sesuai, akhirnya my family decide untuk buat dekat dewan SMK Sri Andalas iaitu sekolah menengah aku dulu. Sewa pon tak la mahal sangat berbanding dengan dewan-dewan under majlis. Sambil-sambil tu dapat la juga contribute dekat sekolah sendiri sikit walaupun tak banyak mana ehehee.

Kad Kahwin – memang pilih design yang sedia ada. Malas nak pikir-pikir sangat. Lagipun kad kahwin orang bukan simpan. Last-last masuk dalam tong sampah juga. Survey-survey juga and mula-mula plan nak amik dekat kedai tapi last-last berkenan yang online punya juga. So kita tunggu jela hasilnya macam mana nanti ye

Teaser: Sevole Wedding Card

HIV Test – Alhamdulillah 3 minggu lepas dapat setelkan buat HIV test dekat Hospital Johor Bahru. Ingatkan lama prosedur nak buat test ni tapi sekejap je rupanya. Adalah dalam 30 minit dah setel. Maybe sebab tak ramai orang kot. Dan syukur kami berdua lulus test tersebut.





eNcr & Interview – Semalam Mr.Sevole dah pergi Jabatan Agama Islam Johor untuk serahkan borang yang dah lengkap sebelum borang tu nanti diserahkan pada pihak perempuan. Lepas amik nombor and pegawai check borang kami, Mr.Sevole kena hadap interview dulu baru boleh lepas. So, lepas juga bahagian Mr.Sevole. Tinggal tunggu bahagian saya pula nanti.



Itu sahaja yang dah setel buat masa ni. Yang lain semua still in progress. Hope cepat-cepat la boleh setel semua sekali. Naik demam-demam uruskan hal kahwin ni ye ^_^


JJCM - Uncle Jack

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah masuk 2 minggu demam + selsema + batuk. Lengkap pakej sekali dengan sakit kepala. Tekak ni bila dah sakit mula-mula memang tak lalu nak makan pape dah. Tapi bila datang cravingnya, pergh macam-macam tekak ni nak makan lagi-lagi benda goreng-goreng. Adoyai tekak cepat-cepat sembuh okey. Dah banyak ubat daku telan ni. Moga Allah cepat-cepat sembuhkan sakit aku ni.


So bila tengah sakit craving yang amat nak makan ayam goreng membuak-buak. Lepastu tekak tak nak yang goreng sendiri punya. Last-last ajak la juga Mr.Sevole pergi temankan makan ayam goreng dekat Giant Extra Taman Suria. Dalam Giant Extra ada satu kiosk under Giant iaitu Uncle Jack. Alhamdulillah ayam dia sedap and harga pon murah sangat-sangat. Nak beli satu-satu boleh or nak pilih yang set lagi la berbaloi-baloi.


Disebabkan tak ramai orang so kami makan jela dekat situ. Selalunya tempat tu memang penuh orang. Maybe sebab murah and boleh tahan sedap kot. Siapa yang kerja nak jimat boleh sangat-sangat makan ni. Memang recommended okay uolls. ^_^


11 December 2014

Pameran Buku Popular @ DCM

Assalamualaikum w.b.t

Bermula daripada 27 November hingga 7 Disember 2015 yang lalu bertempat di Expo Danga City Mall, telah berlangsungnya pameran buku popular yang mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Pameran ini dibuka dari pukul 10pagi hingga 10 malam.





Bermacam jenis buku, alatan tulis, permainan dan lain-lain disediakan oleh pihak popular. Disamping itu, popular juga ada membuka booth bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli popular atau ingin renew your membership card ye. Sarah pon baru je pergi dan renew my membership just for RM25 je. Dan setiap pembaharuan kad dapat free gift from popular. Hoyehhhh ^_^








10 December 2014

Wedding Ex-Roomate : Ain & Fendi

Assalamualaikum w.b.t


Ni nak cerita sikit. Jumaat baru-baru ni, Sarah & Mr.Sevole balik Klang untuk uruskan sedikit mengenai majlis kami nanti. Kebetulan ex-roomate masa diploma kahwin pada Sabtu, 6 Disember tersebut. So alang-alang kami pergi la sekali wedding si Ain & Fendi. Memandangkan bulan disember merupakan bulan orang kahwin, so Sarah terpaksa la choose mana yang boleh pergi sebab faktor duduk jauh sekarang ni.


 First nak ucapkan thanks kat ain because jemput kitaorang. Walaupun dah duduk jauh, still aku ingat dekat ko okey eheheee. Yang paling penting antara semua ex-roomate, Sarah menjadi orang yang paling akhir sampai jodoh untuk kahwin ye. Tahniah korang semua. Doakan majlis Sarah pula lepas ni ea. Harap-harap semua berjalan dengan lancar la.


Okey cerita pasal wedding, time wedding ain la bajet-bajet macam dapat jumpa ramai geng-geng diploma dulu tapi sayangnya dapat jumpa secebis je. Nasib baik la ada gak yang kita kenal. If tak memang tak berlama la masa wedding si ain tu. Dikira sejam lebih juga la kami di majlis kahwin ain sebab duduk borak-borak and tunggu turn nak ambil gambar dengan pengantin.



Pengantin dah tentu-tentu la cantik. Memang dari dulu dah jadi rebutan tapi fendi pandai pancing heheee. Jangan marah ye fendi. Makanan not bad and yang paling cantik kat dalam dewan mbsa tu ialah pelamin dia. Sangat-sangat gojes and ditambah pulak pengantin yang memang sama cantik sama padan kan *iyekee ehehee*


Bila dah habis ambil gambar semua, so masing-masing angkat bontot untuk balik ye. Macam biasa pergi cari parents ain yang memang dah 3 tahun aku kenal. Cuma satu je masalah aku, masa balik kena bayar parking. Eh bukan sabtu tak payah bayar ke? Pelik-pelik tapi terpaksa la bayar juga. If tak macam mana nak keluar daripada situ kan. Emm okey la that all for today. Next post kita cerita lagi yek ^_^

05 December 2014

Wedding Preparation Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Memandangkan majlis kami tinggal beberapa bulan sahaja lagi, so ni nak habaq mai sikit tentang persiapan kitaorang menjelang majlis. Dikira majlis ni merupakan majlis pertama belah family aku and family Mr.Sevole. So kitaorang agak nervous juga la. Dua-dua family first time kan buat preparation.

So benda pertama yang aku buat after majlis merisik ialah survey-survey pakej kahwin, bridal and etc. Memang dari awal dah aim satu tempat ni sebab ramai yang cakap servis yang diaorang bagi memang terbaik and siap pakej lengkap. Kebetulan aku memang nak cari pakej lengkap punya sebab malas nak banyak-banyak tempat. Nanti lagi jadi pening kepala. Pada Ogos lepas, Sarah and family pergi sendiri ke Seri Mempelai Bridal untuk buat booking siap-siap. Yela takot nanti dah cukup kuota susah juga ye tak. Bila dah sampai kami terus test makanan untuk kenduri & sambil tu bincang apa-apa yang berkaitan la. After 2 weeks, terus Sarah bank in kan duit deposit untuk book date yang Sarah nak. Alhamdulillah kebetulan time book tu, date yang kitaorang nak still available. 


 Kredit: Seri Mempelai Page

After dah book tu, terus mak Sarah book tempat untuk wedding iolls. Yela kalau dah book catering semua tetiba tempat majlis tak book pon tak boleh juga. So last week mak Sarah baru settlekan bayar dewan SMK Sri Andalas. So dah lega sikit kat situ walaupun banyak lagi yang tak ready. Then, bila dah settle semua tu Sarah start menGoogle la ye untuk dapatkan checklist & amik tahu sedikit prosedur nikah kahwin ni. Nasib baik Sarah & Mr.Sevole dah pergi kursus kahwin tahun lepas. So Sarah dapat checklist dari sini dan yang pasti checklist dia sangat-sangat lengkap bagi orang macam Sarah. Dari A-Z dia bagi kita check perjalanan majlis kita nanti.

Lepastuh kami pon start la mendecide warna tema untuk nikah and sanding. Alhamdulillah Mr.Sevole just follow taste Sarah je. heheee i loike okey. Untuk nikah kami pilih kombinasi warna green turquoise and yellow. Lebih kurang macam picture kat bawah ni. Then untuk sanding kami choose warna royal blue with yellow. So bila masing-masiing dah puas hati dengan warna tema, next benda yang kena pikir ialah kad kahwin and blablabla. So tunggu for my next posting okey ^_^
  




04 December 2014

Misi Mencari SBU@Jaybee

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni SBU a.k.a sincerelybyushawls ada buat contest untuk warga johor especially yang minat sesangat dekat produk & vendor sbu. Memandangkan sbu bakal membesarkan empayarnya di johor, jadi sbu akan buat contest misi mencari sbu iaitu kita dikehendaki mencari lokasi sbu di johor. Sangat menarik bukan.


Menurut pihak sbu, outlet sbu di johor berada di kawasan yang strategik dan berdekatan tempat makan yang fames di johor. Agak-agak uolls la dekat mana ye sbu ni melebarkan sayapnya? hihiii...yang pasti Sarah dah jumpa lokasi sbu ni..hoyehhh!!



Syarat contest ni ialah korang kena pergi cari lokasi sbu di jb ni dekat mana. Then bila dah jumpa lokasi boleh la snap picture korang macam yang Sarah snap ni. After dah snap, korang bolehla share di instagram sbu dengan mentag 3 orang rakan anda & tak lupa juga untuk tag sbu ye. Lastly anda perlu hashtag #misimencarisbujb. Pemenang akan dapat free square shawl from sbu ye. Tarikh tutup pada 15 Disember ni okey. Apa tunggu lagi, jom cari sbu! ^_^


02 December 2014

JJCM - Bubur Nasi Sentosa

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni badan tak berapa sedap sangat especially tekak ni. Ingatkan batuk minggu lepas dah pulih. Sekali minggu ni datang balik gatal tekak ni & batuk macam nak gila. So disebabkan tekak yang tak boleh nak hadam makanan goreng2, terpaksa la diriku ini menelan bubur nasi. So plan asalnya nak pergi beli bubur dekat mcd je. Sebab malas nak pikir panjang kat mana ada jual bubur lagi kan.

Last2 teringatkan bubur dekat sentosa. Al maklum la kita ni bukan orang johor. So orang johor la yang bawa kita pergi makan dekat sini. Thank you ye Mr.Sevole temankan kita makan time tak sihat & suara katak kodok gini. Tak sangka punya lama nak datang makan dekat sini, akhirnya dapat juga malam ni lepaskan dendam makan kat sini.

*Muka Orang Tak Sihat*

So sampai2 je memang dua kali gak kitaorang pusing cari parking sebab dekat kawasan ni memang pack dengan orang lagi2 orang baru dapat gaji kan. Memang crowded sangat2. Tapi alhamdulillah kitaorang dapat parking & sampai2 je terus ada tempat duduk. Memang rezeki nak makan dekat situ. 


So benda pertama yang kitaorang order ialah bubur nasi sentosa. Dah tu memang tujuan utama datang situ pon kan. Next kitaorang order kerang bakar & air. Macam biasa setiap meja mesti dorang akan letak otak-otak. Dekat sentosa ni, dorang akan tambah kacang rebus sekali dengan otak-otak. Dikira macam pencuci mulut la eheheee.


Benda yang paling aku puas hati makan tentu2 la bubur nasi. Patut la dorang panggil bubur nasi sentosa No 1. Rasa yang sedap dan harga pon berpatutan. Mesti semua nak tau kan berapa harga yang kitaorang kena bayar untuk makan dua orang. Total semua sekali RM27.20. Next time nak datang try benda lain pula. ^_^

Bubur Nasi          = RM5.00 (2org)
Kerang Bakar      = RM5.20 (1plate)
Limau Suam        = RM2.50
Milo Ais              = RM2.50
Otak2 + Kacang  = RM7.00    

01 December 2014

Business Part Time @ Danga City Mall

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu memang waktu yang sangat sibuk bagi Sarah. Lagi2 sekarang ni dah join buat business part time setiap sabtu & ahad di Danga City Mall, Johor Bahru. Untuk pengetahuan korang semua, setiap sabtu & ahad DCM ada buat Flea Market atau dalam bahasa melayunya Pasar Lambak. Flea Market ni berada di kawasan medan selera, tingkat 4, Danga City Mall. 



Majority yang meniaga kat situ ialah collector untuk duit2 syiling lama & setem, collector untuk peminat hotwheels, barangan 2nd hand, dan makanan ringan seperti kerepek dll. Alhamdulillah dh genap 4 minggu Sarah & Mr.Sevole berniaga di Flea Market. Sambutan pon agak baik daripada customer2 yang minat untuk collect lego & hotwheels. Sarah pon tumpang sekaki jual cake in a jar. So kepada sesiapa yang berminat ingin dapatkan perkhidmatan dari Sarah, boleh terus contact Sarah okey.



Lately ni kami tak dapat nak fokus dekat business sahaja. So, kami decide untuk niaga pada hari sabtu sahaja sebab sibuk hendak bahagikan masa untuk uruskkan perihal wedding. Tapi if ada customer yang request nk order cake in jar Sarah still akan layan setiap customer Sarah. So tunggu apa lagi. Jom try cake in jar yang marvelous & fresh from Sarah.


Kepada collector2 kat luar sana, mana yang berminat untuk collect hotweels, lego dan motor & kereta diecast, boleh contact 0139005126 (Sarah). Kami akan cuba bagi servis yang terbaik kepada anda ^_^

29 November 2014

Nellysa_xo Nightfest @ EDL Pandan

Assalamualaikum w.b.t


Hai readers. Alhamdulillah tadi Sarah dan Mr.Sevole sempat singgah di R&R EDL Pandan. Walaupun terpaksa pusing jauh sikit sebab biasala kebetulan waktu kami sampai area pandan tu jalan agak sesak sikit. Maybe sebab orang baru balik dari kerja kan. 



Finally sampai juga ke Nightfest ni. Tempat pertama yang kami tuju ialah SBU. Kebetulan time Sarah sampai belum sesak lagi so dapat grab mana-mana yang berkenan di hati. Ikotkan hati memang nak borong banyak tapi Mr.Sevole dah usha dari tepi suruh control2 sikit kegiatan bershopping tu *eheehehee bkn selalu pon kan*. Okey Sarah dapat grab "sparrow square shawls" dengan "confetti square shawl". Cantik dan bidang tudung yang agak besar. So memang menepati citarasa kita la kan. 



After dah grab dua square shawls tu teruslah pergi buat pembayaran sebab lagi lama2 kat situ lagi rambang biji mata ni. Ada yang x mau keluar dari booth SBU nanti eheheee. Masa buat pembayaran pihak SBU siap bagi kad keahlian percuma untuk 250 orang yang pertama sahaja. Dan alhamdulillah Sarah dapat beli shawls and dapat free kad lagi. Okey memang dah x sabar nak tunggu SBU buka di johor hujung tahun ni. Memang muka kita jela yang rajin datang sana.

Dah siap2 shopping di SBU, Sarah & Mr.Sevole jalan2 cuci mata dekat nightfest tu. Pergh nak terkeluar biji mata ni. Majority vendor dekat situ ada buat promosi. So dapat la grab satu jubah konon2 nak pakai masa pergi kenduri kahwin minggu depan. So dah penat jalan2 perut pon berbunyi tanda minta diisi. So, kami pergi pekena "Mama Spaghetti" and bandung soda. Rasanya not bad and harga pon boleh tahan. Still boleh diterima lagi. K readers. Time untuk tidur dah sampai. See uolls on next posting. ^_^


*Posing di KakiKaeyu*



*Dapat Grab 2 je hokey*





28 November 2014

Let Get Started..


Assalamualaikum

Salam Jumaat uolls.

Sempena hari jumaat yang barakah ini, dengan  ini Sevole Dairy akan beroperasi membuang sarang & habuk yang dah lama bermaharaja lela dalam blog ni. Mana tidaknya, dah lama tak coret apa2 dalam diary online ini.

Perasaan nak berbelog balik dah start. So let's get started. Hope you all sudi membaca & mencerna setiap posting2 yang bakal menjelma *eheheeee ayat tak nak skema sangat kan*. Hari ini nak cerita kepochi2 sikit la ya. Siapa kat sini yang minat & follow gila2 produk dari butik?? Okay ni nak bagitau good news untuk korang yang minat sesangat dekat SBU @ Sincerelybyushawls. 


Okey SBU ada join Nightfest@nellysa_xo hokey. Nightfest ini akan berlangsung di R&R Pandan, Johor Bahru mulai jam 5 petang hingga jam 2 pagi uolls. SBU especially akan berada di sana selama satu hari sahaja. So kepada peminat SBU yang asyik kena grab shawls dorang by online, bolehla turun padang untuk shopping ur favourite items hokey. 
Insyallah Sarah pon akan turun padang petang ini untuk shopping. So apa lagi yang uolls tunggu. Tinggal 10minit sahaja lagi sebelum bermulanya nightfest. Jumpa di sana ya ^_^








*Kredit to: SBU Instagram*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...