17 December 2014

Wedding Preparation Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah persiapan kahwin kami dah siap 50%. Insyallah semuanya akan siap tak lama lagi. Barang hantaran kami dah beli sikit-sikit. Takot nanti if beli terus sekali banyak macam banyak sangat lak duit mengalir keluar macam air. Lagi-lagi hujung tahun gini memang banyak sales. So inilah masa untuk grab mana-mana yang berkenan dekat hati hehehee.

Benda yang dah setel buat masa ni ialah:

Bridal & Catering – Agaknya memang dah lama tergerak hati nak kahwin kot, so dah lama survey-survey bridal and catering yang tawarkan harga berpatutan and yang paling penting servis tip top dan siap dengan pakej lengkap. Dah tentu-tentu la hati aku berkenan. Yela nak senangkan kerja and malas pikir nak cari tempat lain. Semua dalam satu tempat je. Tak yah nak susah-susah sangat.

 Teaser: Wedding Dress



Dewan – Lepas menilai mana tempat yang sesuai, akhirnya my family decide untuk buat dekat dewan SMK Sri Andalas iaitu sekolah menengah aku dulu. Sewa pon tak la mahal sangat berbanding dengan dewan-dewan under majlis. Sambil-sambil tu dapat la juga contribute dekat sekolah sendiri sikit walaupun tak banyak mana ehehee.

Kad Kahwin – memang pilih design yang sedia ada. Malas nak pikir-pikir sangat. Lagipun kad kahwin orang bukan simpan. Last-last masuk dalam tong sampah juga. Survey-survey juga and mula-mula plan nak amik dekat kedai tapi last-last berkenan yang online punya juga. So kita tunggu jela hasilnya macam mana nanti ye

Teaser: Sevole Wedding Card

HIV Test – Alhamdulillah 3 minggu lepas dapat setelkan buat HIV test dekat Hospital Johor Bahru. Ingatkan lama prosedur nak buat test ni tapi sekejap je rupanya. Adalah dalam 30 minit dah setel. Maybe sebab tak ramai orang kot. Dan syukur kami berdua lulus test tersebut.





eNcr & Interview – Semalam Mr.Sevole dah pergi Jabatan Agama Islam Johor untuk serahkan borang yang dah lengkap sebelum borang tu nanti diserahkan pada pihak perempuan. Lepas amik nombor and pegawai check borang kami, Mr.Sevole kena hadap interview dulu baru boleh lepas. So, lepas juga bahagian Mr.Sevole. Tinggal tunggu bahagian saya pula nanti.



Itu sahaja yang dah setel buat masa ni. Yang lain semua still in progress. Hope cepat-cepat la boleh setel semua sekali. Naik demam-demam uruskan hal kahwin ni ye ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...