05 December 2014

Wedding Preparation Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Memandangkan majlis kami tinggal beberapa bulan sahaja lagi, so ni nak habaq mai sikit tentang persiapan kitaorang menjelang majlis. Dikira majlis ni merupakan majlis pertama belah family aku and family Mr.Sevole. So kitaorang agak nervous juga la. Dua-dua family first time kan buat preparation.

So benda pertama yang aku buat after majlis merisik ialah survey-survey pakej kahwin, bridal and etc. Memang dari awal dah aim satu tempat ni sebab ramai yang cakap servis yang diaorang bagi memang terbaik and siap pakej lengkap. Kebetulan aku memang nak cari pakej lengkap punya sebab malas nak banyak-banyak tempat. Nanti lagi jadi pening kepala. Pada Ogos lepas, Sarah and family pergi sendiri ke Seri Mempelai Bridal untuk buat booking siap-siap. Yela takot nanti dah cukup kuota susah juga ye tak. Bila dah sampai kami terus test makanan untuk kenduri & sambil tu bincang apa-apa yang berkaitan la. After 2 weeks, terus Sarah bank in kan duit deposit untuk book date yang Sarah nak. Alhamdulillah kebetulan time book tu, date yang kitaorang nak still available. 


 Kredit: Seri Mempelai Page

After dah book tu, terus mak Sarah book tempat untuk wedding iolls. Yela kalau dah book catering semua tetiba tempat majlis tak book pon tak boleh juga. So last week mak Sarah baru settlekan bayar dewan SMK Sri Andalas. So dah lega sikit kat situ walaupun banyak lagi yang tak ready. Then, bila dah settle semua tu Sarah start menGoogle la ye untuk dapatkan checklist & amik tahu sedikit prosedur nikah kahwin ni. Nasib baik Sarah & Mr.Sevole dah pergi kursus kahwin tahun lepas. So Sarah dapat checklist dari sini dan yang pasti checklist dia sangat-sangat lengkap bagi orang macam Sarah. Dari A-Z dia bagi kita check perjalanan majlis kita nanti.

Lepastuh kami pon start la mendecide warna tema untuk nikah and sanding. Alhamdulillah Mr.Sevole just follow taste Sarah je. heheee i loike okey. Untuk nikah kami pilih kombinasi warna green turquoise and yellow. Lebih kurang macam picture kat bawah ni. Then untuk sanding kami choose warna royal blue with yellow. So bila masing-masiing dah puas hati dengan warna tema, next benda yang kena pikir ialah kad kahwin and blablabla. So tunggu for my next posting okey ^_^
  




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...