24 January 2015

Opening SBUJB 240115 @Nong Chik Height

Assalamualaikum w.b.t

Detik yang ditunggu-tunggu telah tiba bagi peminat butik sincerelybyushawls. Pembukaan cawangan ke-3 di JB telah dibuka pada pagi tadi bermula dari pukul 11 sehingga 9 malam bertempat di Jalan Kolam Air, Nong Chik Height.  Perasmian dan pembukaan di Johor Bahru telah dilancarkan oleh YAM Tuanku Tun Aminah yang sudi mencemar duli untuk merasmikan butik sbu.

Memang planning nak datang awal memandangkan mungkin ramai akan beratur nanti. Tapi apakan daya  still sampai lambat jugak sebab kena prepare barang nak pergi berniaga terus. Aku keluar rumah pukul 10.40am and 10 minit lepastu dah sampai sbu pon. Tapi dari jauh dah nampak bertapa panjangnya line dorang beratur. Yelakan 200 orang terawal dapat free tudung. 

*Ni masa aku mula2 sampai punya Q* 



Masa aku datang tu rupa-rupanya dah lebih dari 200 orang yang datang, so niat nak dapat tudung free melepas la babe. Tapi still aku dapat la juga goodies untuk 500 orang yang terawal. Alhamdulillah. Bertapa jauh aku berbaris semata nak masuk sbu ni hihiii. Sampaikan Mr.Sevole terkejut tengok respond gugurls yang teramat sukakan butik sbu ni. Mana tak nya aku sanggup beratur panjang selama sejam untuk dapatkan latest square shawl dari sbu.



 *Goodies from sbu*

Okey after peluh dah macam air terjun, baru la dapat masuk sbu. Pergh memang berlangar montot la orang cakap. Nasib baik la aku ni dah set mind beli benda yang dah plan je. Takot bajet lari hihiii. Konon-konon nak pergi la dekat chiller tengok apa yang ada sekali nak ke chiller tu pon dah sesok, so aku batalkan jela niat dekat hati. Next time datang memang nak singgah chiller sbu. Kaunter memang dah buka sampai tiga sebab too crowded and kecian untuk member yang berpanas dekat luar. So after dah grab 3 square shawls, terus aku pergi kaunter khas untuk tudung sahaja. Memang tak ramai dekat situ. Dah bayar and dapat goodies terus blah and tak sempat pon nak capture gambar dekat photobooth sbu. Memang dah lambat nak pergi bukak kedai heheehee ^_^





20 January 2015

Save The Date: SBU Opening @ Jaybee

Assalamualaikum w.b.t.

Okey kepada peminat SBU, detik yang dinanti2kan telah tiba. Bermula 24hb Januari ni sbu bakal membuka cawangan ketiga mereka di Nong Chik Height sederet dengan Big Food & Restoran Mak The. Butik akan dibuka bermula pukul 11am hingga 9am.




Pada hari pelancaran a.k.a on 24th tu, setiap 500 orang pertama yang membuat pembelian sebanyak RM50 ke atas akan mendapat doorgift dari sbu hokey. So gurls out there yang memang tergila-gilakan sbu jom join and save the date okey. Kita serbu ramai-ramai yuk. ^_^

Kredit: Instagram Sincerelybyushawls

19 January 2015

PTPTN: Ujrah..

Assalamualaikum w.b.t.

Hujung tahun lepas aku dapat advice from one of kawan dari batch degree. Dia kerja dekat ptptn. Ikutkan benda pertama aku nak tanya pasal nombor pinjaman je tapi alih-alih dia suruh aku setelkan buat ujrah.


Before this, aku pernah dengar dari member-member suruh jangan buat ujrah tapi x ingat pasal apa. So aku tak ada la buat ujrah tu. Tapi bila member tu terangkan semua macam tergerak hati nak buat terus ujrah tu. Lagipun dah alang-alang degree dah buat ujrah better aku buat diploma pon ujrah. Member aku pon ada cakap better buat ujrah before masuk tahun 2015 sebab after 2015 diorang akan charge siapa yang nak buat ujrah. Pasal benda ni aku tak sure la betul ke idak ye. Kita tunggu jela dari pihak PTPTN yang confirmkan sendiri.



Memandangkan masa aku datang PTPTN untuk apply ujrah aku tak bawak setem hasil, so diaorang suruh datang balik after sejam. Borang permohonan aku tak ada masalah so boleh siap dalam masa sejam je. Tapi tula kan. Memang tak dapat la nak tunggu sejam dekat situ je. So aku decide nak datang nanti je and bawak sekali setem hasil. Alhamdulillah semuanya dapat setel masa tahun baru (1/1/2015). Ini adalah antara wishlist aku untuk tahun ni. ^_^

Throwback: Wedding My Besties Finaz & Zizie Part II

Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu, 26 Disember tibala hari yang dinanti2kan. Pagi-pagi kitaorang dah bangun and aku pulak malam tu x boleh nak tito. Tak tau la kenapa kan. Ngalahkan pengantin lak yang nervous nak sanding kikiii. Pagi tu memang semua pack-pack barang nak bawak g masjid sebab majlis dekat masjid rahimiah, klang. So, aku dengan anis a.k.a sepupu pinat hantar barang sikit-sikit dekat tempat majlis. Jirah sebagai pengapit so kena sentiasa ada dengan pinat. Aku ditugaskan datang awal so kenalah siap awal. Tak boleh la datang sama time dengan pengantin.








Bila dah sampai x banyak sangat keje aku kena buat just arrangekan budak-budak flower gurl dengan jaga budak kecik hihii. Then, sampai masa pengantin pon berarak masuk untuk pergi meja makan. Walaupun ada pelamin tapi dorang x ada sanding-sanding. So pelamin tu just tempat untuk amik gambar sahaja. Bagi aku yang penting semua berjalan dengan lancar pon dah cukup baik. Setel majlis je, aku & jirah minta diri balik rumah sebab memang dah melekit gila badan. Mana taknya, dari pagi sampai ke petang a.k.a abis majlis heheee. Apa-apa pon tahniah to my bestfriend Pinat & Zizie. Semoga bahagia hingga ke syurga & dapat baby yang comel-comel okey ^_^

Wedding Cake from Choc'n Cheezz



16 January 2015

Throwback: Wedding My Besties Finaz & Zizie Part I

Assalamualaikum w.b.t

Pada 26 & 27hb Disember 2014, telah berlangsungnya majlis gilang gemilang meraikan dua mempelai iaitu my bestfriend Siti Syarfinaz & pasangannya Azizi. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Memandangkan majlis tu adalah majlis kawan baik aku, so aku telah berkampung dekat rumah pinat awal-awal lagi dengan si jirah hihii. Nampak x bertapa excitednya kitaorang ni. Hari khamis aku dah gerak dari Johor untuk balik klang. Sampai rumah aku setelkan urusan wedding aku dulu before datang tolong-tolong dekat rumah pinat nanti.


Malam khamis tu, aku ditemani parents aku and dua orang saksi datang jumpa tok kadi sebab nak mintak sign borang before hantar ke pejabat agama islam klang. Aku kena buat cepat-cepat sebab hari isnin tu aku nak terus hantar. Then bia dah selesai semua urusan aku barulah senang sikit hati nak pergi tolong orang kan hehehe.




Jumaat pagi akan berlangsungnya majlis pernikahan antara pinat & zizie. So aku and jirah gerak dari rumah awal. Kitaorang siap-siap tunggu dekat masjid sampai pengantin datang. Tapi x disangka rupanya pengantin dah datang lalu pintu belakang hahaha. Nasib la sempat tengok acara akad nikahnya. Selesai akad nikah ada jamuan makan sikit dekat dalam masjid jugak. Mula-mula plan lepas abis akad ingat nak balik rumah rehat semua sebab malam nanti nak datang rumah pinat. Tetiba aku & jirah tuka plan. So terus je pergi rumah pinat.





Sampai-sampai rumah pinat kitaorang rehat-rehat dulu and solat semua. Ingatkan dah xde benda nak kena buat rupanya banyak lagi benda nak kena setelkan. So, aku & jirah tolong apa-apa yang patut sebelum balik rumah. Lambat juga kitaorang balik lebih kurang dekat-dekat magrib la juga. Dah balik and pack barang nak bawak pergi rumah pinat, aku just tinggal tunggu jirah datang pickup je. Malam tu kitaorang dah x ada kerja nak buat sebab semua dah setel. So masuk tito awal la yek hihii. Kalah pengantin okey. (to be continue…)

Welcome 2015!!

Assalamualaikum w.b.t

Hello hello 2015. Rasanya belum terlambat lagi nak wish uolls happy new year heheee. Almaklum la bila dah masuk awal tahun memang agak bz dengan kerja and especially preparation untuk wedding. So untuk tahun ni uolls dah pasang azam untuk tahun ni lom?


Yang pastinya tahun ni sangat-sangat merubah kehidupan aku. Yela tinggal lagi sebulan bakal menjadi isteri kepada Mr.Sevole. Tahun ni memang banyak benda yang aku nak achieve. Insyallah dengan izin Allah dapat permudahakan segala yang aku rancang dan plan untuk tunaikan semuanya dalam tahun ni. Insyallah. Doakan ye uolls. ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...