17 December 2014

JJCM - Uncle Jack

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah masuk 2 minggu demam + selsema + batuk. Lengkap pakej sekali dengan sakit kepala. Tekak ni bila dah sakit mula-mula memang tak lalu nak makan pape dah. Tapi bila datang cravingnya, pergh macam-macam tekak ni nak makan lagi-lagi benda goreng-goreng. Adoyai tekak cepat-cepat sembuh okey. Dah banyak ubat daku telan ni. Moga Allah cepat-cepat sembuhkan sakit aku ni.


So bila tengah sakit craving yang amat nak makan ayam goreng membuak-buak. Lepastu tekak tak nak yang goreng sendiri punya. Last-last ajak la juga Mr.Sevole pergi temankan makan ayam goreng dekat Giant Extra Taman Suria. Dalam Giant Extra ada satu kiosk under Giant iaitu Uncle Jack. Alhamdulillah ayam dia sedap and harga pon murah sangat-sangat. Nak beli satu-satu boleh or nak pilih yang set lagi la berbaloi-baloi.


Disebabkan tak ramai orang so kami makan jela dekat situ. Selalunya tempat tu memang penuh orang. Maybe sebab murah and boleh tahan sedap kot. Siapa yang kerja nak jimat boleh sangat-sangat makan ni. Memang recommended okay uolls. ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...