29 November 2014

Nellysa_xo Nightfest @ EDL Pandan

Assalamualaikum w.b.t


Hai readers. Alhamdulillah tadi Sarah dan Mr.Sevole sempat singgah di R&R EDL Pandan. Walaupun terpaksa pusing jauh sikit sebab biasala kebetulan waktu kami sampai area pandan tu jalan agak sesak sikit. Maybe sebab orang baru balik dari kerja kan. 



Finally sampai juga ke Nightfest ni. Tempat pertama yang kami tuju ialah SBU. Kebetulan time Sarah sampai belum sesak lagi so dapat grab mana-mana yang berkenan di hati. Ikotkan hati memang nak borong banyak tapi Mr.Sevole dah usha dari tepi suruh control2 sikit kegiatan bershopping tu *eheehehee bkn selalu pon kan*. Okey Sarah dapat grab "sparrow square shawls" dengan "confetti square shawl". Cantik dan bidang tudung yang agak besar. So memang menepati citarasa kita la kan. 



After dah grab dua square shawls tu teruslah pergi buat pembayaran sebab lagi lama2 kat situ lagi rambang biji mata ni. Ada yang x mau keluar dari booth SBU nanti eheheee. Masa buat pembayaran pihak SBU siap bagi kad keahlian percuma untuk 250 orang yang pertama sahaja. Dan alhamdulillah Sarah dapat beli shawls and dapat free kad lagi. Okey memang dah x sabar nak tunggu SBU buka di johor hujung tahun ni. Memang muka kita jela yang rajin datang sana.

Dah siap2 shopping di SBU, Sarah & Mr.Sevole jalan2 cuci mata dekat nightfest tu. Pergh nak terkeluar biji mata ni. Majority vendor dekat situ ada buat promosi. So dapat la grab satu jubah konon2 nak pakai masa pergi kenduri kahwin minggu depan. So dah penat jalan2 perut pon berbunyi tanda minta diisi. So, kami pergi pekena "Mama Spaghetti" and bandung soda. Rasanya not bad and harga pon boleh tahan. Still boleh diterima lagi. K readers. Time untuk tidur dah sampai. See uolls on next posting. ^_^


*Posing di KakiKaeyu*



*Dapat Grab 2 je hokey*





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...