10 December 2014

Wedding Ex-Roomate : Ain & Fendi

Assalamualaikum w.b.t


Ni nak cerita sikit. Jumaat baru-baru ni, Sarah & Mr.Sevole balik Klang untuk uruskan sedikit mengenai majlis kami nanti. Kebetulan ex-roomate masa diploma kahwin pada Sabtu, 6 Disember tersebut. So alang-alang kami pergi la sekali wedding si Ain & Fendi. Memandangkan bulan disember merupakan bulan orang kahwin, so Sarah terpaksa la choose mana yang boleh pergi sebab faktor duduk jauh sekarang ni.


 First nak ucapkan thanks kat ain because jemput kitaorang. Walaupun dah duduk jauh, still aku ingat dekat ko okey eheheee. Yang paling penting antara semua ex-roomate, Sarah menjadi orang yang paling akhir sampai jodoh untuk kahwin ye. Tahniah korang semua. Doakan majlis Sarah pula lepas ni ea. Harap-harap semua berjalan dengan lancar la.


Okey cerita pasal wedding, time wedding ain la bajet-bajet macam dapat jumpa ramai geng-geng diploma dulu tapi sayangnya dapat jumpa secebis je. Nasib baik la ada gak yang kita kenal. If tak memang tak berlama la masa wedding si ain tu. Dikira sejam lebih juga la kami di majlis kahwin ain sebab duduk borak-borak and tunggu turn nak ambil gambar dengan pengantin.



Pengantin dah tentu-tentu la cantik. Memang dari dulu dah jadi rebutan tapi fendi pandai pancing heheee. Jangan marah ye fendi. Makanan not bad and yang paling cantik kat dalam dewan mbsa tu ialah pelamin dia. Sangat-sangat gojes and ditambah pulak pengantin yang memang sama cantik sama padan kan *iyekee ehehee*


Bila dah habis ambil gambar semua, so masing-masing angkat bontot untuk balik ye. Macam biasa pergi cari parents ain yang memang dah 3 tahun aku kenal. Cuma satu je masalah aku, masa balik kena bayar parking. Eh bukan sabtu tak payah bayar ke? Pelik-pelik tapi terpaksa la bayar juga. If tak macam mana nak keluar daripada situ kan. Emm okey la that all for today. Next post kita cerita lagi yek ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...