16 January 2015

Throwback: Wedding My Besties Finaz & Zizie Part I

Assalamualaikum w.b.t

Pada 26 & 27hb Disember 2014, telah berlangsungnya majlis gilang gemilang meraikan dua mempelai iaitu my bestfriend Siti Syarfinaz & pasangannya Azizi. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Memandangkan majlis tu adalah majlis kawan baik aku, so aku telah berkampung dekat rumah pinat awal-awal lagi dengan si jirah hihii. Nampak x bertapa excitednya kitaorang ni. Hari khamis aku dah gerak dari Johor untuk balik klang. Sampai rumah aku setelkan urusan wedding aku dulu before datang tolong-tolong dekat rumah pinat nanti.


Malam khamis tu, aku ditemani parents aku and dua orang saksi datang jumpa tok kadi sebab nak mintak sign borang before hantar ke pejabat agama islam klang. Aku kena buat cepat-cepat sebab hari isnin tu aku nak terus hantar. Then bia dah selesai semua urusan aku barulah senang sikit hati nak pergi tolong orang kan hehehe.




Jumaat pagi akan berlangsungnya majlis pernikahan antara pinat & zizie. So aku and jirah gerak dari rumah awal. Kitaorang siap-siap tunggu dekat masjid sampai pengantin datang. Tapi x disangka rupanya pengantin dah datang lalu pintu belakang hahaha. Nasib la sempat tengok acara akad nikahnya. Selesai akad nikah ada jamuan makan sikit dekat dalam masjid jugak. Mula-mula plan lepas abis akad ingat nak balik rumah rehat semua sebab malam nanti nak datang rumah pinat. Tetiba aku & jirah tuka plan. So terus je pergi rumah pinat.





Sampai-sampai rumah pinat kitaorang rehat-rehat dulu and solat semua. Ingatkan dah xde benda nak kena buat rupanya banyak lagi benda nak kena setelkan. So, aku & jirah tolong apa-apa yang patut sebelum balik rumah. Lambat juga kitaorang balik lebih kurang dekat-dekat magrib la juga. Dah balik and pack barang nak bawak pergi rumah pinat, aku just tinggal tunggu jirah datang pickup je. Malam tu kitaorang dah x ada kerja nak buat sebab semua dah setel. So masuk tito awal la yek hihii. Kalah pengantin okey. (to be continue…)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...