Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

24 January 2015

Opening SBUJB 240115 @Nong Chik Height

Assalamualaikum w.b.t

Detik yang ditunggu-tunggu telah tiba bagi peminat butik sincerelybyushawls. Pembukaan cawangan ke-3 di JB telah dibuka pada pagi tadi bermula dari pukul 11 sehingga 9 malam bertempat di Jalan Kolam Air, Nong Chik Height.  Perasmian dan pembukaan di Johor Bahru telah dilancarkan oleh YAM Tuanku Tun Aminah yang sudi mencemar duli untuk merasmikan butik sbu.

Memang planning nak datang awal memandangkan mungkin ramai akan beratur nanti. Tapi apakan daya  still sampai lambat jugak sebab kena prepare barang nak pergi berniaga terus. Aku keluar rumah pukul 10.40am and 10 minit lepastu dah sampai sbu pon. Tapi dari jauh dah nampak bertapa panjangnya line dorang beratur. Yelakan 200 orang terawal dapat free tudung. 

*Ni masa aku mula2 sampai punya Q* 



Masa aku datang tu rupa-rupanya dah lebih dari 200 orang yang datang, so niat nak dapat tudung free melepas la babe. Tapi still aku dapat la juga goodies untuk 500 orang yang terawal. Alhamdulillah. Bertapa jauh aku berbaris semata nak masuk sbu ni hihiii. Sampaikan Mr.Sevole terkejut tengok respond gugurls yang teramat sukakan butik sbu ni. Mana tak nya aku sanggup beratur panjang selama sejam untuk dapatkan latest square shawl dari sbu.



 *Goodies from sbu*

Okey after peluh dah macam air terjun, baru la dapat masuk sbu. Pergh memang berlangar montot la orang cakap. Nasib baik la aku ni dah set mind beli benda yang dah plan je. Takot bajet lari hihiii. Konon-konon nak pergi la dekat chiller tengok apa yang ada sekali nak ke chiller tu pon dah sesok, so aku batalkan jela niat dekat hati. Next time datang memang nak singgah chiller sbu. Kaunter memang dah buka sampai tiga sebab too crowded and kecian untuk member yang berpanas dekat luar. So after dah grab 3 square shawls, terus aku pergi kaunter khas untuk tudung sahaja. Memang tak ramai dekat situ. Dah bayar and dapat goodies terus blah and tak sempat pon nak capture gambar dekat photobooth sbu. Memang dah lambat nak pergi bukak kedai heheehee ^_^





20 January 2015

Save The Date: SBU Opening @ Jaybee

Assalamualaikum w.b.t.

Okey kepada peminat SBU, detik yang dinanti2kan telah tiba. Bermula 24hb Januari ni sbu bakal membuka cawangan ketiga mereka di Nong Chik Height sederet dengan Big Food & Restoran Mak The. Butik akan dibuka bermula pukul 11am hingga 9am.




Pada hari pelancaran a.k.a on 24th tu, setiap 500 orang pertama yang membuat pembelian sebanyak RM50 ke atas akan mendapat doorgift dari sbu hokey. So gurls out there yang memang tergila-gilakan sbu jom join and save the date okey. Kita serbu ramai-ramai yuk. ^_^

Kredit: Instagram Sincerelybyushawls

18 December 2014

Cont: #Misi Mencari SBU@JB

Assalamualaikum w.b.t

Semalam petang Sarah receive parcel dari Sincerelybyushawls. Akhirnya barang yang ditunggu-tunggu telah tiba. My free square shawl dah berada dalam tangan Sarah. Hoyehhh thank you so much SBU for the free item. Lain kali buat contest lagi okey.







Bila dah dapat square shawl ni, dah tak sabar rasanya nak tunggu opening sbu di jb nanti. Memang confirm Sarah adalah pelanggan tetap dekat sbu. Kopak la duit ye kalau dah gini. Untuk pengetahuan korang, sbu di jb berada di Taman Nong Chik iaitu satu deret dengan one of the famous restaurant in jb iaitu Big Food. So uolls tunggu my next update on sbu okey. Lagi-lagi tang opening ye ^_^




04 December 2014

Misi Mencari SBU@Jaybee

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni SBU a.k.a sincerelybyushawls ada buat contest untuk warga johor especially yang minat sesangat dekat produk & vendor sbu. Memandangkan sbu bakal membesarkan empayarnya di johor, jadi sbu akan buat contest misi mencari sbu iaitu kita dikehendaki mencari lokasi sbu di johor. Sangat menarik bukan.


Menurut pihak sbu, outlet sbu di johor berada di kawasan yang strategik dan berdekatan tempat makan yang fames di johor. Agak-agak uolls la dekat mana ye sbu ni melebarkan sayapnya? hihiii...yang pasti Sarah dah jumpa lokasi sbu ni..hoyehhh!!



Syarat contest ni ialah korang kena pergi cari lokasi sbu di jb ni dekat mana. Then bila dah jumpa lokasi boleh la snap picture korang macam yang Sarah snap ni. After dah snap, korang bolehla share di instagram sbu dengan mentag 3 orang rakan anda & tak lupa juga untuk tag sbu ye. Lastly anda perlu hashtag #misimencarisbujb. Pemenang akan dapat free square shawl from sbu ye. Tarikh tutup pada 15 Disember ni okey. Apa tunggu lagi, jom cari sbu! ^_^


29 November 2014

Nellysa_xo Nightfest @ EDL Pandan

Assalamualaikum w.b.t


Hai readers. Alhamdulillah tadi Sarah dan Mr.Sevole sempat singgah di R&R EDL Pandan. Walaupun terpaksa pusing jauh sikit sebab biasala kebetulan waktu kami sampai area pandan tu jalan agak sesak sikit. Maybe sebab orang baru balik dari kerja kan. 



Finally sampai juga ke Nightfest ni. Tempat pertama yang kami tuju ialah SBU. Kebetulan time Sarah sampai belum sesak lagi so dapat grab mana-mana yang berkenan di hati. Ikotkan hati memang nak borong banyak tapi Mr.Sevole dah usha dari tepi suruh control2 sikit kegiatan bershopping tu *eheehehee bkn selalu pon kan*. Okey Sarah dapat grab "sparrow square shawls" dengan "confetti square shawl". Cantik dan bidang tudung yang agak besar. So memang menepati citarasa kita la kan. 



After dah grab dua square shawls tu teruslah pergi buat pembayaran sebab lagi lama2 kat situ lagi rambang biji mata ni. Ada yang x mau keluar dari booth SBU nanti eheheee. Masa buat pembayaran pihak SBU siap bagi kad keahlian percuma untuk 250 orang yang pertama sahaja. Dan alhamdulillah Sarah dapat beli shawls and dapat free kad lagi. Okey memang dah x sabar nak tunggu SBU buka di johor hujung tahun ni. Memang muka kita jela yang rajin datang sana.

Dah siap2 shopping di SBU, Sarah & Mr.Sevole jalan2 cuci mata dekat nightfest tu. Pergh nak terkeluar biji mata ni. Majority vendor dekat situ ada buat promosi. So dapat la grab satu jubah konon2 nak pakai masa pergi kenduri kahwin minggu depan. So dah penat jalan2 perut pon berbunyi tanda minta diisi. So, kami pergi pekena "Mama Spaghetti" and bandung soda. Rasanya not bad and harga pon boleh tahan. Still boleh diterima lagi. K readers. Time untuk tidur dah sampai. See uolls on next posting. ^_^


*Posing di KakiKaeyu*



*Dapat Grab 2 je hokey*





28 November 2014

Let Get Started..


Assalamualaikum

Salam Jumaat uolls.

Sempena hari jumaat yang barakah ini, dengan  ini Sevole Dairy akan beroperasi membuang sarang & habuk yang dah lama bermaharaja lela dalam blog ni. Mana tidaknya, dah lama tak coret apa2 dalam diary online ini.

Perasaan nak berbelog balik dah start. So let's get started. Hope you all sudi membaca & mencerna setiap posting2 yang bakal menjelma *eheheeee ayat tak nak skema sangat kan*. Hari ini nak cerita kepochi2 sikit la ya. Siapa kat sini yang minat & follow gila2 produk dari butik?? Okay ni nak bagitau good news untuk korang yang minat sesangat dekat SBU @ Sincerelybyushawls. 


Okey SBU ada join Nightfest@nellysa_xo hokey. Nightfest ini akan berlangsung di R&R Pandan, Johor Bahru mulai jam 5 petang hingga jam 2 pagi uolls. SBU especially akan berada di sana selama satu hari sahaja. So kepada peminat SBU yang asyik kena grab shawls dorang by online, bolehla turun padang untuk shopping ur favourite items hokey. 
Insyallah Sarah pon akan turun padang petang ini untuk shopping. So apa lagi yang uolls tunggu. Tinggal 10minit sahaja lagi sebelum bermulanya nightfest. Jumpa di sana ya ^_^








*Kredit to: SBU Instagram*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...