24 January 2015

Opening SBUJB 240115 @Nong Chik Height

Assalamualaikum w.b.t

Detik yang ditunggu-tunggu telah tiba bagi peminat butik sincerelybyushawls. Pembukaan cawangan ke-3 di JB telah dibuka pada pagi tadi bermula dari pukul 11 sehingga 9 malam bertempat di Jalan Kolam Air, Nong Chik Height.  Perasmian dan pembukaan di Johor Bahru telah dilancarkan oleh YAM Tuanku Tun Aminah yang sudi mencemar duli untuk merasmikan butik sbu.

Memang planning nak datang awal memandangkan mungkin ramai akan beratur nanti. Tapi apakan daya  still sampai lambat jugak sebab kena prepare barang nak pergi berniaga terus. Aku keluar rumah pukul 10.40am and 10 minit lepastu dah sampai sbu pon. Tapi dari jauh dah nampak bertapa panjangnya line dorang beratur. Yelakan 200 orang terawal dapat free tudung. 

*Ni masa aku mula2 sampai punya Q* 



Masa aku datang tu rupa-rupanya dah lebih dari 200 orang yang datang, so niat nak dapat tudung free melepas la babe. Tapi still aku dapat la juga goodies untuk 500 orang yang terawal. Alhamdulillah. Bertapa jauh aku berbaris semata nak masuk sbu ni hihiii. Sampaikan Mr.Sevole terkejut tengok respond gugurls yang teramat sukakan butik sbu ni. Mana tak nya aku sanggup beratur panjang selama sejam untuk dapatkan latest square shawl dari sbu.



 *Goodies from sbu*

Okey after peluh dah macam air terjun, baru la dapat masuk sbu. Pergh memang berlangar montot la orang cakap. Nasib baik la aku ni dah set mind beli benda yang dah plan je. Takot bajet lari hihiii. Konon-konon nak pergi la dekat chiller tengok apa yang ada sekali nak ke chiller tu pon dah sesok, so aku batalkan jela niat dekat hati. Next time datang memang nak singgah chiller sbu. Kaunter memang dah buka sampai tiga sebab too crowded and kecian untuk member yang berpanas dekat luar. So after dah grab 3 square shawls, terus aku pergi kaunter khas untuk tudung sahaja. Memang tak ramai dekat situ. Dah bayar and dapat goodies terus blah and tak sempat pon nak capture gambar dekat photobooth sbu. Memang dah lambat nak pergi bukak kedai heheehee ^_^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...