Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah persiapan kahwin kami dah siap 50%. Insyallah
semuanya akan siap tak lama lagi. Barang hantaran kami dah beli sikit-sikit.
Takot nanti if beli terus sekali banyak macam banyak sangat lak duit mengalir
keluar macam air. Lagi-lagi hujung tahun gini memang banyak sales. So inilah
masa untuk grab mana-mana yang berkenan dekat hati hehehee.
Benda yang dah setel buat masa ni ialah:
Bridal & Catering – Agaknya memang dah lama tergerak
hati nak kahwin kot, so dah lama survey-survey bridal and catering yang
tawarkan harga berpatutan and yang paling penting servis tip top dan siap
dengan pakej lengkap. Dah tentu-tentu la hati aku berkenan. Yela nak senangkan
kerja and malas pikir nak cari tempat lain. Semua dalam satu tempat je. Tak yah
nak susah-susah sangat.
Teaser: Wedding Dress
Dewan – Lepas menilai mana tempat yang sesuai, akhirnya my
family decide untuk buat dekat dewan SMK Sri Andalas iaitu sekolah menengah aku
dulu. Sewa pon tak la mahal sangat berbanding dengan dewan-dewan under majlis.
Sambil-sambil tu dapat la juga contribute dekat sekolah sendiri sikit walaupun
tak banyak mana ehehee.
Kad Kahwin – memang pilih design yang sedia ada. Malas nak
pikir-pikir sangat. Lagipun kad kahwin orang bukan simpan. Last-last masuk dalam
tong sampah juga. Survey-survey juga and mula-mula plan nak amik dekat kedai
tapi last-last berkenan yang online punya juga. So kita tunggu jela hasilnya
macam mana nanti ye
Teaser: Sevole Wedding Card
HIV Test – Alhamdulillah 3 minggu lepas dapat setelkan buat
HIV test dekat Hospital Johor Bahru. Ingatkan lama prosedur nak buat test ni
tapi sekejap je rupanya. Adalah dalam 30 minit dah setel. Maybe sebab tak ramai
orang kot. Dan syukur kami berdua lulus test tersebut.
eNcr & Interview – Semalam Mr.Sevole dah pergi Jabatan
Agama Islam Johor untuk serahkan borang yang dah lengkap sebelum borang tu
nanti diserahkan pada pihak perempuan. Lepas amik nombor and pegawai check
borang kami, Mr.Sevole kena hadap interview dulu baru boleh lepas. So, lepas
juga bahagian Mr.Sevole. Tinggal tunggu bahagian saya pula nanti.
Itu sahaja yang dah setel buat masa ni. Yang lain semua
still in progress. Hope cepat-cepat la boleh setel semua sekali. Naik
demam-demam uruskan hal kahwin ni ye ^_^